Thursday, January 27, 2011

Bagaimana Melawan Perasaan Negatif

Pelajarilah cara untuk melawan perasaan negatif kerana ia mampu melemahkan minda dan semangat jati diri anda. Perasaan atau fikira negatif boleh menjadi terlalu besar dan aktif dalam minda anda. Kadang-kadang perasaan negatif ini disertai dengan suara halus berbaur hasutan. Anda dinasihatkan agar tidak berkerjasama dengan perasaan ini. Lawan dan jangan biarkan ia mengganggu kehidupan anda. Gunakan kemahiran berfirkir dan rasional akal fikiran sebelum bertindak.

Thursday, January 20, 2011

PETUA DARI KANGKUNG

  • Akar kangkung direbus bersama 2 gelas air sehingga isipadu air tinggal separuh untuk diminum. Khasiatnya dapat membantu melancarkan penghadaman khususnya bagi anda yang sering sembelit.
  • Jika anda mengalami sukar tidur, cuba amalkan makan daun kangkung tanpa batangnya. Makan sebagai ulam.
  • Bagi membantu meredakan sakit kepala, tumbuk daun kangkung yang dicampur dengan sedikit air dan garam, kemudian tapis dan dicampurkan sedikit madu sebelum diminum
  • Bagi meredakan sakit gigi dan bisul, tampalkan bahagian terbabit dengan kangkung segar yang ditumbuk lumat. 
  • Kangkung juga boleh digunakan secara luaran untuk merawat masalah kelemumur. Caranya adalah dengan merendam daun kangkung ke dalam semangkuk air selama semalaman sehingga airnya kehijauan atau kebiruan. Kemudian lumurkan air tersebut ke seluruh kepala. Biarkan seketika sebelum dibilas dengan air bersih.
  • Bagi membantu meredakan masalah pening kepala ygn ringan, tumbuk segenggam kangkung sehingga halus dan tapis untuk ambil patinya. Campurkan sedikit madu dan minum segelas setiap pagi 

KHASIAT KANGKUNG

Disebalik sayurnya yang bersifat sederhana dengan harganya yang murah, kangkun memiliki pelbagai khasiat yang lain seperti berikut :-
  1. Membantu melawaskan pembuangan air besar
  2. Membantu mengatasi masalah sukar tidur atau insomnia kerana ia mempunyai kuasa sedatif iaitu sebagai agen penenang semulajadi
  3. Juga membantu mengatasi lemah badan dan keputihan
  4. Membantu meredakan pembengkakan, terseliuh, bisul dan jangkitan kulit.
  5. Membantu melancarkan haid dan merawat hidung berdarah.
  6. Membantu meredakan sakit kepala, sakit gigi, dan mengatasi masalah kelemumur serta melembutkan rambut. 
  7. Kangkung juga mempunyai kuasa diuretik iaitu membantu melancarkan dan melawas kencing.
  8. Kebaikan mineral dan manfaat semulajadinya ini juga membuatkan kangkung mempunyai pelbagai khasiat lain seperti membantu mengurangi haid berlebihan dan membantu meredakan cirit-birit akibat keracunan makanan..

Thursday, January 13, 2011

Tarik Nafas Dan Bertenang

Seharian menatap skrin komputer dan kemudian menghadirkan diri ke mesyuarat yang memeningkan kepala membuatkan anda tertekan dan mula mahu naik darah. Tidal elok begitu, ada caranya untuk mengatasi masalah tersebut. Segeralah ke tempat yang menenangkan di pejabat dan kemudian duduk bersila. Pejamkan mata dan pilih satu perkataan yang mampun menaikkan semula semangat anda. Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan sambil menyebutkan kata semangat anda tadi. Pastikan postur tubuh anda tegak supaya segala urat saraf anda dapat direhatkan. Bertahan selama beberapa minit sebelum anda membukan mata. Sebaik selesai, jangan segera berdiri, Pastikan anda sudah benar-benar tenang sebelum berdiri...

Panggil Nama Manja

Tahukah anda, dengan memanggil orang yang anda sayangi dengan nama manja akan membuatkannya bahagia. Begitulah juga dengan anda. Sekiranya anda mempunyai teman istimewa, tidak salah sesekali memanggilnya dengan nama manja. Katakanlah anda sudah berkahwin dalam  tempoh yang lama, ia tidak menjadi masalah. Malah lebih menyeronokkan dan mengembalikan nostalgia lama. Anda juga boleh menggunakan nama manja dengan teman-teman rapat anda. Percayalah, panggilan begini akan membuatkan hari anda lebih bahagia..

Sunday, January 9, 2011

Berapa Kali Perlu Menimbang Badan?

Pakar menurunkan berat badan berkata adalah tidak baik jika anda terlalu kerap menimbang badan jika anda sedang berdiet. Sebenarnya ia bertujuan untuk melancarkan perkembangan diet anda. Sebaiknya, timbanglah berat badan seminggu sekali sahaja. Selagi anda berpegang kepada pelan diet dan senaman, anda tidak perlu gusar memikirkan sebarang kejutan yang tidak disangka. Jika berat badan anda hampir mencapai berat ideal, anda mungkin akan lebih cenderung untuk menimbang dengan lebih kerap. Elakkan perbuatan ini kerana sebarang perubahan dalam angka timbangan boleh mengecewakan anda. Akhirnya anda mungkin akan berdiet dengan lebih teruk atau tidak mahu berdiet langsung...

Friday, December 31, 2010

Pot Luck Christmas

Hai All,
Hari tue 24 Disember 2010 kat opis kita orang ada wat jamuan untuk Krimas. Memang layan abih la. Makanan pun sedap2. Terima kasih kepada adik Ieka kena mak dia masak memang sedap.. Masa sesi tukar hadiah la happening. Masing2 nak hadiah best2. Tapi ezza tak sempat nak take picture. Tgh wat keja masa tu.. Aper2 pun party pot luck n Christmas hari tue memang best. Kuih tradisi kita org pun ada. Kuih bengkang. Mesti korang pelik kan..Ezza pun dulu tertanya gak kuih bengkang tue aper.. Rupa2nya korang leh panggil kuih bakar atau kuih kemboja. Tp memang sedap. Da best la. Lastly masa cabut hadiah za dapat cawan kecil..Comey sangat. Thx ieka..





Half way mkn nasi nie..he..he..he.



Kueh tradisi kueh bengkang/kuih bakar/kuih kemboja



buah pear..pencuci mulut...


arca timun yg sedap.erm...


kueh tradisi yang memang mengancam...




ayam masak merah yang menawan hati...


papadom..


nasi goreng ke nasi minyak..cuba teka..he..he..he..


hadiah-hadiah yang bakal dimenangi..



 
cawan mickey yang comey...