Wednesday, August 15, 2012

My Hero - MOHD DANIEL EZWAN

22 July 2012  - 5.25pm

Tanggal 22 July 2012 jam 5.25 ptg.. lahirlah seorg putera comey yg diberi nama MOHD DANIEL EZWAN...Setelah hampir 5 thn lebih aku menuggu kehadirannya. Aku bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya akhirnya aku melahirkan seorang putera yg sgt comey...

Setelah berusaha hampir 5 thn lebih...berkat doa aku, ibu bapa dan kekwn akhirnya termakhbul jua hasrat aku ingin memiliki ank sendiri...SYUKUR ALHAMDULILAH..


Thursday, July 21, 2011

sekilas diet...

  • Berhati-hati dengan makanan laut kerana ia mampu melonjakkan kadar kolestrol dalam darah jika diambil secara kerap dalam kuantiti yang byk
  • Pilihlah minyak masak seperti minyak bunga matahari, minyak canola atau minyak zaitun untuk dijadikan hidangan bergoreng anda lebih sihat.
  •  Pilihlah makanan berserat tinggi untuk membantu memberikan anda rasa kenyang lebih lama. contohnya roti mil penuh, pasta, buah-buahan, gandum dan beras perang.
  • Pastikan anda makan sekurang-kurangnya dua hidangan ikan dalam seminggu bagi mendapatkan keperluan protein yang cukup. bagi memastikan khasiat yang diperolehi pada tahap maksima, utamakan kaedah memasak secara kukus atau dibakar.
  • Tepis godaan 'desert' seperti kek keju, aiskrim, pai dan sebagainya kerana kebanyakan mengandungi lemak tepu yang tidak elok  untuk diet anda.
  • Roti memang hidangan pilihan mereka yang berdiet kerana disangkan rendah kalorinya berbanding nasi. kenyataan ini mampu menjadi sebaliknya jika anda memilih roti putih bersama salutan inti dan mayonis yang banyak. lagi pula, ia tidak membekalkan anda pelbagai zat.
  • diet adalah tentang memilih makanan seimbang dan mengikut aturan makan mengikut keperluan. 
  • minuman manis mengandungi kalori yang sangat tinggi terutamanya minuman dalam tin dan kotak.
  • latihlah anak anda agar meminati sayuran semenjak usia bayi lagi. variasikan hidangan sayuran ke dalam masakan utama anda agar anda mendapat keperluan yang mencukupi.
  • bibir pecah-pecah atau terlalu kering dan kuku mudah patah dan timbul bintik-bintik putih di atasnya adalah tanda tubuh anda kekurangan vitamin C. dapatkan keperluan yang mencukupi dari buah oren, lemon, limau bali, anggur, buah naga dan jambu batu.
  • buah-buahan kering juga boleh dijadikan snek ringan yang sihat berbanding keropok atau kerepek.
  • jangan malas minum susu kerana ia penting untuk mengurangkan risiko kerapuhan tulang di kemudian hari. mulakan dengan dua gelas susu setiap hari sebelum menambahnya menjadi empat gelas sehari. 

Kismis Dan Senaman

        Kismis dan senaman berkait rapat. Makanlah kismis sebelum bersenam. Bahan anti oksidan di dalamnya bergerak memerangi radikal bebas yang berkeliaran dalam tubuk ketika anda aktif melakukan aktiviti kecergasan pilihan

Thursday, July 14, 2011

sekilas sihat....

  • secara puratanya keseluruhan tubuh manusia diliputi kira2 14-18 kaki persegi kulit. kebanyakan partike halus habuk di rumah ana adalah dari sel kulit mati yang tertanggal setiap hati. itulah juga di antara sebab mengapa anda tidak disarankan untuk memakai baju yg sama tanpa dibasuh berulang kali. sel kulit mati yang bercampur dengan kulit baru akan menjadikan tona kulit tidak sekata dan gelap
  • silanglah kaki anda berselang-seli antara kaki kanan dan kiri jika terpaksa duduk untuk tempoh yang lama. cara ini akan membantu anda menggerakkan otot pinggul dan belakang tubuh untuk mengurankan rasa lenguh.
  • membasuh, seterika baju dan memasak dikatakan aktiviti mudah yang mampu menambahkan usia anda. itu mungkin faktor mengapa lebih ramai wanita hidup lebih lama dari lelaki.
  • kuasa ciuman mampu menggerakan 30 otot wajah. senaman mudah ini mampu membantu mengekalkan keanjalan wajah anda.
  • jangan malu untuk kentut kerana secara puratanya kita akan kentut kira2 13 kali sehari (termasuk wanita). kentut membantu mengeluarkan angin.
  • mata juga boleh stress. hilangkan ketegangan mata dengan cara melemparkan pandangan anda jauh ke hadapan. kemudian lihat pula pada benda  yang berdekatan anda. 
  • jangan bergayut telefon terlalu lama kerana tanpa anda sedar ia mampu meningkatkan tahap tekanan darah anda. ini kerana salur darah akan mudah terganggu alirannya dengan frekuensi elektromagnetik di dalam telefon bimbit.

Friday, July 8, 2011

Trip To Perlis..

Assalammualaikum,
Nie Honey nak kongsi ngan korang, 19hb May 2011 hari tue Honey g Perlis sempena Konvokesyen Adik Hoeny yg Ke-4 sambil tue Honey g shopping kat Padang Besar....ENJOYYY....


                                             pemandangan tepi high-way area perak

 Pemandangan hijau yg cantik..


 bekalan ke Perlis

 sarapan pagi dulu...sebelum ke UITM

 bilik di homestay kami..(master room)

(master room)

wt my sister - breakfast

my sister n brother in law

adik yg konvo hr tue..


me and my sister-sempat posing










Thursday, January 27, 2011

Comey Tak..


















Penenang Jiwa

Assalammualaikum,
Apa khabar semua hari nie...Ezza hope that kawan2 sihat iyer...hari nie tetiba teringat kat kucing kesayangan ezza nama CAT... CAT memang seekor kucing yang comel, bijak, nakal, dan pandai... Dulu lepas balik keja mesti CAT akan tunggu kat depan pintu..Ikut mood la..Kekadang ada dan kekadang tak la...Dan paling tak lupa CAT akan pergi ke pintu rumah bila Ezza dan hubby nak g keja. Sebelum Ezza dan Hubby g keja mesti pesan kat CAT jaga umah bebaik. CAT macam faham...CAT diam je... Erm...kalau teringat kat CAT memang sedih pun ada...Sebab CAT dah tak ada..Sib baik Ezza sempat rakam gambar CAT...Walaupun nakal mcm mana pun CAT, Ezza tetap sayang kat CAT...Banyak lagi cerita CAT nie tapi nanti la Ezza sambung...Nie kucing kesayangan Ezza untuk tatapan korang...Windu la kat CAT Hu..Hu..Hu..