Thursday, July 21, 2011

sekilas diet...

  • Berhati-hati dengan makanan laut kerana ia mampu melonjakkan kadar kolestrol dalam darah jika diambil secara kerap dalam kuantiti yang byk
  • Pilihlah minyak masak seperti minyak bunga matahari, minyak canola atau minyak zaitun untuk dijadikan hidangan bergoreng anda lebih sihat.
  •  Pilihlah makanan berserat tinggi untuk membantu memberikan anda rasa kenyang lebih lama. contohnya roti mil penuh, pasta, buah-buahan, gandum dan beras perang.
  • Pastikan anda makan sekurang-kurangnya dua hidangan ikan dalam seminggu bagi mendapatkan keperluan protein yang cukup. bagi memastikan khasiat yang diperolehi pada tahap maksima, utamakan kaedah memasak secara kukus atau dibakar.
  • Tepis godaan 'desert' seperti kek keju, aiskrim, pai dan sebagainya kerana kebanyakan mengandungi lemak tepu yang tidak elok  untuk diet anda.
  • Roti memang hidangan pilihan mereka yang berdiet kerana disangkan rendah kalorinya berbanding nasi. kenyataan ini mampu menjadi sebaliknya jika anda memilih roti putih bersama salutan inti dan mayonis yang banyak. lagi pula, ia tidak membekalkan anda pelbagai zat.
  • diet adalah tentang memilih makanan seimbang dan mengikut aturan makan mengikut keperluan. 
  • minuman manis mengandungi kalori yang sangat tinggi terutamanya minuman dalam tin dan kotak.
  • latihlah anak anda agar meminati sayuran semenjak usia bayi lagi. variasikan hidangan sayuran ke dalam masakan utama anda agar anda mendapat keperluan yang mencukupi.
  • bibir pecah-pecah atau terlalu kering dan kuku mudah patah dan timbul bintik-bintik putih di atasnya adalah tanda tubuh anda kekurangan vitamin C. dapatkan keperluan yang mencukupi dari buah oren, lemon, limau bali, anggur, buah naga dan jambu batu.
  • buah-buahan kering juga boleh dijadikan snek ringan yang sihat berbanding keropok atau kerepek.
  • jangan malas minum susu kerana ia penting untuk mengurangkan risiko kerapuhan tulang di kemudian hari. mulakan dengan dua gelas susu setiap hari sebelum menambahnya menjadi empat gelas sehari. 

No comments:

Post a Comment